Syarat -Syarat dan Dokumen Visa Umrah.
Syarat-syarat yang diperlukan untuk pemprosesan Visa Umrah oleh para jemaah.
Dibawakan oleh MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd.
Syarat-syarat utama :
Bagi Jemaah Lelaki
Lelaki yang berumur 18 tahun ke atas
Syarat-syarat yang diperlukan untuk pemprosesan Visa Umrah oleh para jemaah.
Dibawakan oleh MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd.
Syarat-syarat utama :
- Passport antarabangsa yang SAH tempoh lakunya tidak kurang dari 6 bulan tarikh penerbangan beserta 6 mukasurat kosong.
- Untuk warganegara asing, pastikan nama penuh beserta 'bin' dan 'binti'. ( perlu ada nama bapa)
- 4 keping gambar warna berukuran 6 x 4 cm berlatar belakang PUTIH.
- Spesifikasi Foto :
- Wanita diwajibkan memakai tudung yang berwarna gelap.
- Lelaki tidak dibenarkan memakai songkok, ataupun kopiah
- Kad Suntikan ACY W135 @ Surat Pengesahan daripada doktor kerajaan atau swasta.
- Sila lihat tarikh luput suntikan dibelakang kad, jika tarikh masih belum luput, tidak perlu membuat suntikan.
Bagi Jemaah Lelaki
Lelaki yang berumur 18 tahun ke atas
- Buku Suntikan
- Gambar berukuran Pasport
Bagi Jemaah Wanita
Sudah Berkahwin
1. Salinan Surat Nikah
- Disahkan oleh Pejabat Agama
- Disahkan oleh Wisma Persekutuan Putrajaya
Isteri pergi tanpa suami (berumur kurang 45 tahun)
1. Salinan surat nikah @ surat beranak yang berkaitan mahram
- Disahkan oleh Pejabat Agama @ Pejabat Pendaftaran
- Disahkan oleh Wisma Persekutuan Putrajaya.
2. Surat kebenaran MAHRAM ( Suami @ Bapa @ Adik-Beradik Lelaki)
- Disahkan oleh Suruhanjaya Sumpah ( Melayu Sahaja )
- Disahkan oleh Wisma Persekutuan Putrajaya
Senarai Mahram
Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permhonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi
Mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :
(Mahram Lelaki Sahaja) - NASAB
1. Suami - surat nikah
2. bapa Kandung - surat beranak
3. Adik beradik lelaki kandung - surat beranak
4. Bapa saudara kandung - suarat beranak wanita, surat beranak ibubapa, dan surat beranak bapa saudara.
5. Datuk kandung - surat beranak wanita & surat beranak ibu / bapa
Kesimpulannya:
NOTA PENTING
Semua Dokumen Mahram
- Pengesahan : JPN / Pejabat Agama Islam & Wisma Putra.
- Pengesahan : JPN / Pejabat Agama Islam & Wisma Putra.
Sijil Lahir / Sijil Anak Angkat / IC Merah (PR) / IC Biru
- Pengesahan : Jabatan Pendaftaran Negara.
Sijil Nikah / Sijil Penceraian / Sijil Rujuk
- Pengesahan : Jabatan Agama Islam
Permit Masuk Malaysia
- pengesahan : Imigresan
Untuk memudahkan proses di JPN dan JAI,
sila bawa sijil asal dan salinan bersama.
sila bawa sijil asal dan salinan bersama.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda dan saya amat hargai.