Persediaan Jemaah Haji / Umrah : Ubat-Ubatan
Diambil dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Panduan ini bagi membantu jemaah haji serta ahli keluarga untuk memastikan bekalan ubat jemaah haji di Tanah Suci tidak terputus.
Bekalan ubat-ubatan yang disediakan oleh pasukan perubatan Tabung Haji adalah untuk rawatan kepada penyakit kecemasan / akut dan rawatan pesakit dalam.
NOTE :
Bagi perjalanan ke Arafah dan Mina, pastikan bekalan ubat ubatan yang dibawa mencukupi untuk kegunaan 5 hari.
Minum lebih banyak air untuk mengelakkan masalah dehidrasi (kekurangan air).
TIPS BAGI PERSEDIAAN JEMAAH HAJI
Pastikan anda makan setelah mengambil ubat-ubatan (ubat biji / suntikan insulin) untuk mengelakkan simptom kurang gula dalam darah (hipoglisemia).
Tanda-tanda KURANG gula dalam darah ialah (hipoglisemia ) :
1) rasa gelisah dan tidak tentu arah
2) lemah
3) lapar
4) berpeluh
5) pucat
6) berdebar-debar
7) mengeletar
8) pening
Tanda-tanda TINGGI gula dalam darah ( hiperglisemia ) :
1) kerap kencing
2) sangat dahaga
3) loya
4) penglihatan kabur
Tanda-tanda dehidrasi (kekurangan air)
1) rasa terlalu dahaga
2) kulit dan lidah menjadi kering
3) fikiran terganggu
4) rasa pitam apabila bangun
Sekiranya anda mengalami hipoglisemia, ambil makanan atau minuman yang manis dengan segera. Senantiasa simpan kurma dan air minuman jus kotak dalam beg sandang untuk dibawa ke mana sahaja.
------------------------------ ------------------------------ ---------------
Jemputan kepada rakan-rakan untuk mengikuti info-info dan mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan UMRAH dan TRAVEL
bolehla :
join fanpage, LIKE dan SHARE
https://www.facebook.com/umrahandtravel
join group disini
https://www.facebook.com/ groups/725829747498414/
Diambil dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM
Panduan ini bagi membantu jemaah haji serta ahli keluarga untuk memastikan bekalan ubat jemaah haji di Tanah Suci tidak terputus.
Bekalan ubat-ubatan yang disediakan oleh pasukan perubatan Tabung Haji adalah untuk rawatan kepada penyakit kecemasan / akut dan rawatan pesakit dalam.
PERSIAPAN SEBELUM KE TANAH SUCI
- Buat salinan preskripsi ubat (surat ubat) yang terkini dan kepilkan di dalam Buku Perubatan Haji.
- Dapatkan khidmat kaunseling berkaitan ubat-ubatan yang akan dibawa ke Tanah Suci daripada pegawai farmasi yang bertugas dimana-mana klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berkaitan.
- Bawa ubat-ubatan (terutamanya insulin) dalam bagasi tangan (hand luggage) dan dibawa masuk bersama ke dalam kapal terbang.
- Jangan simpan ubat-ubatan anda (terutama insulin) di dalam daftar masuk (check-in luggage)
- Pastikan bekalan ubat disimpan dengan selamat di dalam bilik penginapan.
- Bagi pesakit diabetes yang menggunakan insulin :
- Simpan insulin dalam peti sejuk di bilik penginapan atau dapatkan bantuan
- petugas farmasi untuk menyimpan bekalan insulin anda.
- Bawa insulin dan pen insulin dalam beg sandang sepanjang masa.
NOTE :
Bagi perjalanan ke Arafah dan Mina, pastikan bekalan ubat ubatan yang dibawa mencukupi untuk kegunaan 5 hari.
Minum lebih banyak air untuk mengelakkan masalah dehidrasi (kekurangan air).
TIPS BAGI PERSEDIAAN JEMAAH HAJI
- Elakkan berkongsi ubat-ubatan dengan jemaah haji yang lain bagi mengelakkan kesan yang tidak diingini.
- Digalakkan menggunakan sabun mandi dalam bentuk cecair dan menyapu krim pelembap terutamanya di kaki ketika berada di Tanah Suci untuk mengelakkan masalah kulit kering.
- Bawa semua ubat-ubatan terkini anda dalam kuantiti yang mencukupi untuk tempoh 60 hari.
- Insulin yang telah dimasukkan ke dalam pen insulin tidak perlu lagi disimpan di dalam peti sejuk dan stabil sehingga 4 minggu.
Pastikan anda makan setelah mengambil ubat-ubatan (ubat biji / suntikan insulin) untuk mengelakkan simptom kurang gula dalam darah (hipoglisemia).
Tanda-tanda KURANG gula dalam darah ialah (hipoglisemia ) :
1) rasa gelisah dan tidak tentu arah
2) lemah
3) lapar
4) berpeluh
5) pucat
6) berdebar-debar
7) mengeletar
8) pening
Tanda-tanda TINGGI gula dalam darah ( hiperglisemia ) :
1) kerap kencing
2) sangat dahaga
3) loya
4) penglihatan kabur
Tanda-tanda dehidrasi (kekurangan air)
1) rasa terlalu dahaga
2) kulit dan lidah menjadi kering
3) fikiran terganggu
4) rasa pitam apabila bangun
Sekiranya anda mengalami hipoglisemia, ambil makanan atau minuman yang manis dengan segera. Senantiasa simpan kurma dan air minuman jus kotak dalam beg sandang untuk dibawa ke mana sahaja.
------------------------------
Jemputan kepada rakan-rakan untuk mengikuti info-info dan mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan UMRAH dan TRAVEL
bolehla :
join fanpage, LIKE dan SHARE
https://www.facebook.com/umrahandtravel
join group disini
https://www.facebook.com/
No comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda dan saya amat hargai.